Sunday, February 9, 2014

#RESEARCH: Bagaimana Agaknya Magnetic Aura Bekerja?

Kenal aura positif dan aura negatif.

Semua sel-sel dalam badan berkongsi beberapa komponen yang sama, tanpa mengira jenis mereka. Salah satu daripada komponen yang sama bagi semua sel adalah ion. Ion adalah zarah yang mempunyai cas positif dan negatif menyebabkan berlakunya getaran elektromagnetik di dalam sel.

Getaran elektromagnetik membolehkan sel berfungsi. Tanpa ion, sel tidak boleh hidup.

Dalam sel normal yang sihat, ion bertaburan di sekitar sel yang mana semua ion positif berada di satu bahagian dan ion negatif terkumpul di bahagian yang lain. Ion-ion yang berada di luar sel dalam tisu akan selaras dengan ion-ion di dalam sel supaya kutub bertentangan adalah sama (lihat gambarajah sel sihat di bawah.

Ini membolehkan cecair, oksigen dan nutrien bergerak bebas untuk masuk dan keluar dari sel sambil mengekalkan keseimbangan semulajadi dalam sel (homeostasis).


Dalam sel berpenyakit (tidak sihat), ion positif dan negatif tidak terkumpul di bahagian bertentangan sebaliknya bercampur dan berselerak di dalam sel.

Pada masa yang sama ion di luar membran sel juga berselerak ketika mereka cuba untuk mencari kutub berbeza mereka yang berada di dalam sel menyebabkan berlaku ketidakseimbangan selular.

Cecair tambahan daripada tisu-tisu di luar sel dapat menembusi sel yang seterusnya menolak nutrien penting, hormon dan elektrolit (garam) keluar daripada sel.

Keupayaan sel untuk berfungsi makin berkurang dan degenerasi sel bermula, yang mana jika tidak diperbetulkan akan menyebabkan sel mati. (Lihat gambar rajah sel berpenyakit).

Apabila medan magnet statik digunakan terhadap sel yang tercedera (berpenyakit), kemagnetan menembusi ke dalam tisu dan mengelilingi sel yang rosak. Medan magnet yang dihasilkan di sekitar bahagian luar sel akan menarik ion ke dalam dan ke luar sel untuk keselarasan.

Hasilnya adalah ion-ion sekali lagi kembali ke kedudukan betul mereka di dalam sel. Cecair tambahan yang menembusi sel ditolak keluar (melalui osmosis dan resapan) dan kembali mengelilingi tisu.

Sel itu mendapat semula keseimbangan semula jadi yang sihat dan apa-apa kerosakan dibaiki dengan cepat (lihat gambarajah sel dengan medan magnet).

Tubuh manusia terdiri daripada pelbagai organ yang memerlukan oksigen dan nutrisi. Dua elemen ini dibawa oleh darah. Oleh sebab itu, darah yang sihat dan lancar sangat penting. Oksigen adalah sumber utama kekuatan badan seperti mana api tidak boleh menyala tanpa oksigen.

No comments:

Post a Comment