Tuesday, February 25, 2014

#NEWS: Tiada Rawatan Khusus Untuk Masalah Asma?


PERASAAN anda seringkali terganggu kerana anak yang berusia dua tahun sering mengalami batuk yang berpanjangan pada waktu pagi.

Kemudian, apabila malam menjelma batuknya datang kembali, tambahan jika keadaan cuaca sedikit dingin dan sejuk batuknya semakin menjadi-jadi.

Jika seringkali berhadapan dengan situasi ini, berwaspada dan ambil tindakan segera untuk membawa anak berjumpa dengan doktor.

Simptom-simptom awal yang ditunjukkan itu, besar kemungkinan anak menghidap penyakit asma.

Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi, Pusat Perubatan Sime Darby ParkCity Sdn. Bhd., Dr. Salehuddin Samsudin, asma adalah penyakit kronik yang berlaku akibat keradangan disebabkan saluran pada paru-paru membengkak dan sempit.

"Asma terjadi apabila saluran pernafasan menjadi semakin sempit dan diselaputi oleh lendir-lendir. Situasi ini menyebabkan berlaku sesak nafas dan semput.

"Penyempitan pada saluran pernafasan kanak-kanak penghidap asma boleh berlaku secara tiba-tiba dan berulang kali, menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi kesukaran untuk bernafas," katanya.

Menurut Dr. Salehuddin, asma juga merupakan penyakit kronik yang menyerang kanak-kanak berumur setahun ke bawah sehingga mencapai umur peringkat dewasa.

Kajian juga menunjukkan sebanyak 10 hingga 20 peratus kanak-kanak yang masih bersekolah diserang penyakit tersebut.

Potensi mereka menghidap penyakit asma juga lebih tinggi jika keluarga mempunyai masalah kesihatan seperti alahan dan ekzema.

"Persekitaran yang menyebabkan mereka selalu terdedah dengan asap rokok, debu, keadaan cuaca sejuk, alahan dengan debunga dan jangkitan kuman pada paru-paru, akan meningkatkan kadar diserang asma.

"Seeloknya apabila mengetahui anak menghidap asma elakkan mereka daripada berhadapan dengan keadaan ini yang boleh meningkatkan potensi diserang penyakit tersebut," katanya lagi.

Artikel penuh boleh didapati di www.utusan.com.my. Moga dapat memberi manfaat pada anda..

Jika anda sedang mencari rawatan alternatif, In Shaa Allah Magnetic Aura dapat membantu selesaikan masalah asma anak anda.Cuba klik sini Rawatan Asma/Batuk Kering.


No comments:

Post a Comment