Assalamualaikum.
Salam sejahtera..
Lama sudah tidak update blog ini. Harap pembaca setia sihat walfiat.
Bagaimana hendak mengekalkan hubungan baik dengan kenalan sedia ada?
Salah satu caranya adalah dengan menyebarkan salam. Sebarlah salam. Jumpa kawan-kawan, orang masjid, orang kampung, malah bila tiap kali masuk rumah, berilah salam. Assalamualaikum.. Semoga anda dan mereka yang mendengar salam anda akan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah. Aamiin..
Untuk mengekalkan hubungan baik dalam setiap perhubungan komunikasi hendaklah mengikuti beberapa panduan.
Pertamanya, hendaklah berlaku jujur sesama kita. Sekali kita menipu dan tertipu, selalunya akan diingat sampai bila-bila. Inilah antara punca utama seseorangitu hilang kawan selama-lamanya.
Jangan sekali-kali menipu. Jujurlah walaupun pahit.
Keduanya, fahami rakan-rakan anda dengan lebih bermalam. Tak kenal maka tak cinta. Sehingga salafusolleh sering menasihatkan jika mahu mengenali rakan anda sendiri, cubalah bermusafir bersamanya selama tiga hari. Disitu, kita kan tahu sifat sebenar sepanjang perjalanan kita itu. Kenali personaliti rakan anda sebaiknya.
Ketiga, jadilah pemaaf. orang yang memaafkan sering mendapat ganjaran yang besar daripada Allah. Nabi Muhammad pun selalu memberi kemaafan kepada sahabatnya. Jangan berasa malu untuk memberi maaf. Lawan rasa ego dalam diri kita.
Keempat, selalu mendoakan kawan-kawan tanpa diketahuinya. Amalan yang sangat mudah dan senjata yang sangat ampuh untuk mengeratkan silaturahim dan perhubungan dengan rakan anda. Doakan kebaikan untuk rakan anda dan juga untuk umat Islam umumnya.
Berkawanlah dengan kawan kenalan anda. Ini salah satu cara untuk meramaikan kawan, pengalaman dan silaturahim yang berpanjangan. Anda boleh berfacebook, memberi cadangn, menjadikan rakan perniagaaan.
No comments:
Post a Comment