Sunday, April 27, 2014

Datuk Malek Noor Akui Produk Magnetic Aura Membantu Kesihatan

Datuk Abdul Malek Mohamed Noor merupakan bekas jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak 6 kali. Datuk Malek Noor pernah menjadi pelakon beberapa filem seperti Ujang pada 1980-an.

Beliau berasal dari Batu Pahat,Johor. Beliau juga seorang yang pandai memasak, walaupun bukan tukang masak. Antara resepi terbaru Datuk ialah tomyam air kelapa.

DATUK MALEK NOOR MENJADI DUTA RASMI MAGNETIC AURA TAHUN 2012

Datuk Malek Noor telah diperkenalkan oleh Ceo Magnetic Aura iaitu En.Adnan tentang produk Magnetic Aura.

Bermula dari situ beliau telah mencuba produk Magnetic Aura sendiri untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan produk Magnetic Aura terhadap diri beliau sendiri dan juga rakan-rakannya di pejabat.


"Saya dah lama tahu mengenai tentang Magnetic Aura ini semasa saya berada di Hong kong lagi " - ujar Datuk Malek Noor.

Apa yang telah dikongsikan bersama pendengar oleh Datuk Malek Noor sendiri di beberapa stesen radio seluruh negeri ialah beliau mencuba beberapa titik minyak terapi Magnetic Aura untuk lenguh-lenguh lutut dan beliau rasa masalah yang dihadapinya berkurangan.

Begitu juga dengan salah seorang rakan beliau di pejabat yang mengeluarkan angin ( berdehek ) selepas di sapukan dengan minyak terapi Magnetic Aura oleh Datuk Malek Noor sendiri . Alhamdullilah .


"Magnetic Aura ni macam-macam boleh di gunakan, sesuai untuk Ahli Sukan bagi meningkatkan tenaga serta merta" - Datuk Malek Noor ( kanan ) di KL MUAY THAI CLASH OF THE CHAMPIONS Penaja Bersama Magnetic Aura.


"Jangan kita memandang rendah kepada apa saja produk selagi kita tidak mencubanya terlebih dahulu. Produk Magnetic Aura ini halal dan mempunyai sijil pengesahan dari KKM dan ( Persatuan pengguna Islam Malaysia ) " - Datuk Malek Noor

DATUK MALEK NOOR DI IKIM.FM

Bagi anda di luar sana yang tidak sempat mengikuti temubual eksklusif bersama Datuk Malek Noor boleh lihat di dalam video yang telah kami sediakan khas untuk anda para peminat Datuk Malek Noor.


Datuk Malek Noor bercakap mengenai pengalaman menggunakan produk Magnetic Aura.



#RESEARCH: Pembunuh Halimunan Yang Berada Di Sekeliling Kita

Setiap saat kita dikelilingi oleh pencemaran yang paling berbahaya dan merosakkan muka bumi. Ancaman terbaru ini tidak dapat dilihat, didengar mahupun dirasa. Ia berada di mana-mana sahaja.

Petualangnya? Medan elektromagnet (EMF).

Jika anda sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat tetapi sering sakit tanpa sebarang sebab, anda mungkin menjadi mangsa dalam senyap.

Kita terdedah kepada dua jenis EMFs iaitu semula jadi dan buatan manusia. Di antara keduanya, EMFs buatan manusia lebih memudaratkan.

Dihasilkan terutama daripada tenaga elektrik seperti talian elektrik, ketuhar gelombang mikro, skrin komputer, tv, peralatan keselamatan, radar, telefon bimbit, stesen pemancar dan peralatan di rumah yang menggunakan tenaga elektrik (lampu kalimantang, pembakar roti, jam gerak, pewarna rambu dsbnya).

EMFs tiruan berada di mana-mana dan menyerang kita tanpa disedari. Sesetengah medan ini seperti gelombang radio (dari radio, TV, telefon bimbit dan komputer) sama keburukannya dengan rokok sebagai penyebab kanser paru-paru .

Gelombang mikro dan radiasi yang berkaitan dengannya dianggarkan hampir 1 billion kali lebih hebat berbanding gelombang mikro yang wujud semula jadi dalam persekitaran hari ini. Namun begitu, tidak ramai yang memahami istilah EMFs itu sendiri.

EMFs adalah gabungan medan elektrik dan medan magnet yang wujud dalam alam sekitar secara semula jadi atau sebaliknya. Diantara keduanya, EMFs bukan semulajadi (yang dihasilkan oleh manusia) lebih berisiko kepada manusia.

Sumber-sumbernya ialah daripada talian elektrik, stesen pemancar telefon bimbit, pelbagai peralatan kegunaan di rumah dan pejabat, serta segala peralatan yang dijana oleh tenaga elektrik,bateri dan motor.

Pendedahan yang berpanjangan atau pendedahan kepada paras tinggi radiasi bukan semula jadi daripada peralatan dan sumber elektronik lain boleh menjejaskan sel-sel otak dan DNA, menyebabkan kanser (seperti leukemia di kalangan kanak-kanak dan tumor otak di kalangan orang dewasa) serta menjejaskan sistem saraf pusat, kardiovaskular dan sistem imun.

Kajian turut mengaitkan pendedahan kepada EMFs denganpengurangan paras testosterone (hormon seks utama lelaki), keguguran, kecacatan bayi ketika lahir, keletihan yang kronik dan kemurungan.

PENDAPAT PAKAR

“Pencemaran medan electromagnet menjadi pencemaran terpenting hasil aktiviti manusia dalam abad ini. Ianya lebih berbahaya kerana tidak dapat di lihat atau di rasa.” Andrew Weil, M.D, pelopor dalam bidang perubatan bersepadu dan pengarang buku, Spontaneous Healing: How to Discover and Enhance Your Body’s Natural Ability to Maintain and Heal Itself (1986).

“Radiasi buatan manusia, apabila bergabung dengan radiasi dari matahari dan kosmos, akan membentuk persekitaran elektomagnet semula jadi manusia. Dalam tempoh 100 tahun lalu, manusia telah menambah paras radiasi ini dengan pelbagai isyarat dan kebisingan elektrik dan elektronik, menghasilkan “kabut” elektomagnet yang memenuhi alam sekitarnya.” Cyril Smith, dalam buku yang diterbitkan pada 1989, Elektromagnetic Man: Health & Hazard in the Electrical Environment

“Kita kini hidup dalam lautan radiasi elekromagnet yang tidak boleh dirasa dan tidak pernah wujud sebelum ini. Bukti baru menyarankan radiasi dalam jumlah ini boleh menyebabkan stres, penyakit dan kesan lain yang memudaratkan di seluruh dunia, dengan menganggu fungsi otak.

Bahayanya perlu diketengahkan secara terbuka agar seluruh penduduk dunia menyedarinya sebagai langkah pertama untuk mengelak bencana, kita perlu mencegah pengenalan sumber-sumber tenaga elektromagnet yang baru, selain menyiasat ancaman radiasi sedia ada keatas hidupan secara menyeluruh dan jujur, yang sejauh ini kurang diamalkan.” Dr Robert O. Becker, pelopor kajian mengenai fenomena bioelektrik dan pengarang buku-buku, Body Electric: Electromagnetism and The Foundation Of Life (1985) dan Cross Currents (1990)

KESAN-KESAN TERHADAP KITA

Kajian yang dijalankan di Battelle Pacific Northwest Labs mendapati pendedahan yang berterusan kepada EMFs boleh mengurangkan rembesan melatonin (hormon yang mengawal ritma biologi mamalia).

Kekurangan hormon ini pula menimbulkan masalah kejiwaan seperti kemurungan, kurang tumpuan dan sukar tidur.

Pengeluaran melatonin yang berkurangan juga meningkatkan kenipisan penghadang darah-otak, menyebabkan kita lebih terdedah kepada kesan kimia beracun. Ianya juga menjejaskan kebolehtelapan membran sel saraf, pembuluh darah, kulit dan organ-organ lain.
  • Menganggu proses penyembuhan semula jadi tubuh.
  • Setiap panggilan dari telefon bimbit merosakkan sel-sel otak, malah telefon bimbit menjejaskan pengguna dan mereka yang berdekatan dengannya.
  • Tinjauan di Perancis dan Sweden menunjukkan sehinnga 25% pengguna telefon bimbit mengalami gejala seperti pening, letih dan hilang daya ingatan.
  • Dalam majalah perubatan Lancet, ahli fizik Dr Gerald Hyland dilaporkan berkata “Jika telefon bimbit sejenis makanan, ia tidak akan diluluskan.”
  • Kerajaan UK tidak menggalakkan penggunaan telefon bimbit bagi kanak-kanak di bawah usia 16 tahun kerana otak mereka lebih mudah terjejas. Fokus mereka terhadap pelajaran juga akan terganggu.

Banyak lagi kesan-kesan EMFs yang memudaratkan kesihatan kita dan pendedahan info dan fakta tentang bahaya EMFs perlu disebarkan kepada masyarakat khususnya di Malaysia.

Terdapat penafian dan penentangan dari pihak pengeluar terhadap ancaman ini. Hal ini kerana mereka hanya memikirkan keuntungan semata tanpa mengira kesan buruk terhadap masyarakat kita.

Friday, April 25, 2014

Magnetic Aura Product of The Year

Pendapat dari Encik Taib Abdullah

Sebagai seorang pengedar produk kesihatan, saya suka mencuba beberapa produk yang ditemui di pasaran.

Banyak produk telah saya cuba iaitu Goji, Maca Tongkat Ali, dan terkini Kopi Jantan Traditional. Tiap-tiap produk yang pernah saya guna semuanya ada kelebihan dan kekuatan tersendiri bergantung kepada kesesuaian individu berdasar temu bual dengan rakan-rakan.

Magnetic Aura iaitu Magnetic Theraphy Treatment di gunakan oleh ramai ahli sukan, suri rumah, pelajar, pekerja pejabat, pekerja swasta, pemandu dan semua lapisan masyarakat. Produk ini adalah untuk kegunaan sapu luaran.

Bagi saya Magnetic Aura sangat disyorkan simpan satu dalam kocek. Sedia digunakan semasa waktu kecemasan.  Saya selalu bawa sebotol dan diletak dalam kocek baju kemana-mana saja saya pergi terutama untuk perjalanan yang jauh.

Kalau terasa mengantuk semasa memandu, sakit dada akibat kesejukan, lengoh-lengoh atau sakit pinggang, saya segera menyapu dibahagian yang sakit. In Shaa Allah, dengan izin NYA, bahagian yang terasa sakit itu akan segera hilang.

Begitu juga anak saya yang sedang menjalani latihan praktikal dalam bidang catering makanan di sebuah hotel dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Kadang-kadang dia bekerja menjangkau hingga lewat malam jika membuat kerja lebih masa.

Saya membekalkannya sebotol Magnetic Aura. Dia memberitahu dengan adanya bantuan Magnetic Aura rasa letih tidak terasa sangat.

Pegawai Perhutanan Bercakap Tentang Kopi Magnetic Aura



Jom lihat video testimoni ini.
Kopi Magnetic Aura meningkatkan stamina serta merta. Rasai perbezaannya!!

Wednesday, April 16, 2014

Pengalaman Ustaz Nik (JAKIM) Guna Magnetic Aura

Dengar komen dari Ustaz Nik.

Ustaz Nik merupakan pengamal perubatan tradisional dan pendakwah dari Putrajaya mengakui keberkesanan produk Magnetic Aura. 

Kebanyakan pelanggannya yang terdiri dari pengunjung pusat rawatan dan urutan amat berpuas hati dengan produk ini. Lenguh, kebas dan lesu badan hilang.

Ustaz Nik tidak lagi lesu badan di tempat kerja dan melakukan kerja dengan cergas.

Kesakitan yang dialaminya selepas kemalangan sebelum ini telah hilang. Ustaz  Nik sangat berpuas hati dan lega.

LAIN-LAIN TESTIMONI :
  • Saudara Zul dari Pantai Dalam - Kini saya dapat tidur nyenyak, bangun pagi lebih bersemangat, tidak lagi mengantuk ditempat kerja, lawas ketika buang air, masalah angin badan berkurangan.

  • Ustaz Wan Azmi dari Shah Alam - Saya mengunakan Magnetic Aura (sapu di pergelangan tangan dan belakang leher) semasa menduduki peperiksaan, alhamdulillah, saya dapat tumpu perhatian dan kecergasan minda.

  • Ibrahim dari Subang Jaya mengalami migrin yang berlarutan selama beberapa tahun, setelah beberapa hari menggunakan terapi Magnetic Aura, disapu di nadi lengan dan belakang tengkuk, Alhamdullilah migrinnya kini sembuh sama sekali.